Saturday, August 14, 2010

BENGKEL LR and SPSS : BATAL SEPENUHNYA

Salam,

Bengkel LR, ENDNOTE dan SPSS yang dijadualkan akan di adakan pada 20 and 21 hb Ogos ini adalah di BATALKAN..

Enjoy your weekend, Selamat berpuasa dan berbuka..

Sunday, August 8, 2010

LITERATURE REVIEW & ASAS ANALISA (SPSS) : A BETTER IDEA

Sila rujuk semula aturan jadual ini - saya fikir ini lebih baik, kecuali kalian tidak menrasakan perlunya kepada BEngkel LR...

TARIKH : 20 OGOS 2010 / JUMAAT
TEMPAT : BILIK 9A1, UiTM TERENGGANU


2.45 – 4.45 petang : Bengkel 1 : Literature Review I

8.45 – 10.45 mlm : “Citation” and “Bibliography” Make Easy (Endnote)


TARIKH : 21 OGOS 2010 / SABTU
TEMPAT : BILIK 9A1, UiTM TERENGGANU


9.00 pagi – 11.00 pagi : Bengkel II :
Basic Data Analysis Using SPSS I

11.15 pagi – 1.15 tghari : Bengkel II :
Basic Data Analysis Using SPSS II

2.15 ptg – 4.45 ptg : Bengkel II :
Basic Data Analysis Using SPSS III

Friday, August 6, 2010

BENGKEL LITERATURE REVIEW & BASIC DATA ANALYSIS SPSS

Salam,
Kita telah berjanji dan bersetuju untuk urusan berikut ini. Meski pun janji dibuat diantara saya dan pelajar MACC sahaja tetapi pelajar EMBA juga di galakkan untuk turut serta..

TARIKH : 21 OGOS 2010 / SABTU
TEMPAT : BILIK 9A1, UiTM TERENGGANU


8.00 – 8.30 pagi : Pendaftaran peserta
8.30 – 10.30 pagi : Bengkel 1 : Literature Review I
10.30 – 11.00 pagi : Rehat
11.00 – 1.00 tghari : Bengkel 1 : Literature Review II
1.00 ptg - 2.00 ptg : Rehat
2.00 ptg - 3.30 ptg : “Citation” and “Bibliography” Make Easy (Endnote)
3.30 ptg – 3.45 ptg : Rehat

3.45 ptg – 5.45 ptg : Bengkel II :
Basic Data Analysis Using SPSS I

8.30 mlm – 10.30 mlm : Bengkel II :
Basic Data Analysis Using SPSS II


Contact Person : Jamalludin Helmi bin Hashim
Tel : 09403818 (O)
jamhelmi@tganu.uitm.edu.my

Noraziera Mohd
Tel : 098403720

Mazlina Mamat
Tel : 098403714

Yuran dicadangkan mengikut maklumat berikut:
Yuran Bengkel : RM 50.00
Kos fotostat (Buku manual SPSS + Nota) : RM 35.00
Sumbangan kepada Tabung PG : RM 05.00
Bayaran yang dikenakan per oranag RM 90.00

Bagi mereka yang terdiri dari bukan pelajar UiTM, tambahan RM 10 adalah dikenakan kepada Yuran Bengkel..., yang lain kekal begitu.

i) Pendekatan Pengajaran : INI BUKAN KELAS TEORI SEMATA , ia lebih cenderung
kepada "application approach". Contohnya bagi ENdnote, tuan-tuan di kehendaki
membawa kesemua artikel yang ada untuk di masukkan ke dalam ENdnote dan boleh
digunakan selepas bengkel.

Bagi SPSS, contoh dan kerja kerja penganalisaan akan di gunakan dari data data
yang sebenar - ini membolehkan peserta dalam "merasai" pengalaman menggunakan
perisian ini dalam membuat analisa.

ii) Kos Yuran adalah RM50 sahaja, ada pun kos lain itu ialah untuk bahan bengkel
yang berupa buku dan cetakan lain yang boleh dibawa pulang untuk rujukan kalian
di masa akan datang.

iii) saya akan cuba menguruskan Sijil Penyertaan kepada mereka yang hadir.

iv) Bengkel ini terbuka untuk semua..mohon bantuan untuk menghebahkan.

Tolong sahkan keahdiran tuan/puan

Kutipan RM 50.00

Alhamdulillah, kesemua pelajar EMBA telah membayar wang tabungan PG itu yang saya anggap satu kerjasama dan komitmen penuh mereka..

Rekod kutipan menunjukkan bahawa sebahagian pelajar EMACC belum berbuat begitu: ada janji yang belum tertunai..sila buat urusan ini segera (kepada yang sudah membayarnya - terimakasih)..

Saturday, July 10, 2010

Kutipan RM0.00

gitu lah kisah nya ...

Monday, July 5, 2010

NOTIS PENANGGUHAN KELAS PELAJAR EMBA PART 1

Salam
para pelajar Siswazah EMBA 1 UiTM Terengganu,

ADALAH DENGAN INI DIMAKLUMKAN IAITU KESEMUA KELAS EMBA PART 1 SEMESTER INI ADALAH DI TANGGUHKAN KE SEMESTER HADAPAN.

Justeru, jika tuan/puan telah pun membuat bayaran yuran untuk semester Julai - Okt 2010 ini, sila berhubung terus dengan pejabat Bendahari UiTM Terengganu untuk urusan selanjutnya.

Surat resmi penangguhan akan dikeluarkan secepat mungkin dan akan diedarkan terus kepada pelajar-pelajar terlibat.

Sekian Terima Kasih

JHH

Sunday, July 4, 2010

New Chapter

salam,
meskipun ada kekecewaan terhadap sikap sesetengah pelajar senior EMBA dan MACC, tapi saya sekrg ingin berdepan dengan cabaran dan kerenah mereka.

Sepanjang satu semester yang laiu , sya banyak memberi peluang kepada mereka untuk belajar menghargai usaha manusia lain - tetapi banyak janji janji mereka sentiasa dimungkiri. Termasuk satu pertemuan yang saya aturkan untuk bertemu dan berbincang bagi kebaikan bersama.

Mereka menyambut dingin salam persaudaraan yang saya hulurkan. Selalu menipu dan mencari alasan untuk tidak hadir - kesan nya ialah - lebih separuh makanan yang kita tempah untuk halwa mulut dan perut mereka terbazir.... menjadi sampah dan terbuang.

Selain itu, mereka lebih senang dengan maklumat yang diterima melalui teman-teman yang hadir, mngirim attendence, termasuk borang pendaftaran subjek (sya menerima baik kepada mereka yang mmg benar-benar bermasalah - suami sakit, diri dalam pantang bersalin dll), sy terkilan dgn sikap sambil lewa sebahagian besar mereka.

Baik lah,

kita mulakan permainan baru ...
i) saya tidak akan menandatangani apa apa borang / urusan akademik mereka yang saya lihat selalu mungkir janji.... borang ABR/ pendaftaran subjek atau termasuk keputusan peperiksaan mereka.

ii) sy tidak akan melayan lagi mana mana pelajar yang tidak menunjukkan komitmen menghargai saya sebagai kordinator - lantaklah - apa nak jadi pun jadi lah ..

iii) Saya arahkan semua mereka yang tdak hadir 3 Julai baru baru ini menyediakan satu SURAT TUNJUK SEBAB, gagal berbuat itu - saya anggap kalian tidak menghormati saya dan peraturan UiTM. Tarikh akhir surat ini diserahkan kepada saya ialah pada 10 Julai 2010 jam 12 tgahari.


iv) Saya arahkan semua Class Rep Kutip duit RM50 setiap pelajar dan serahkan setiap sen pada saya untuk tujuan kelengkapan Student Lounge (menyediakan sistem ACCESS CARD pelajar, beli coffee bar, alat minuman dll) serahkan berserta dengan senarai nama kelas dan yang dah bayar dan belum bayar.

Kalian mungkin akan menggunakan access card org lain nanti yer, takper - saya ada cara sendiri untuk menangani ini.


sekian,
tolong sampaikan pesanan ini kepada semua
berita lanjur menyusul.

Thursday, June 24, 2010

Bengawan Solo

Hari Pendaftaran EMBA/EMACC

salam,

adalah dgn ini dimaklumkan iaitu pihak UiTM Terengganu telah memutuskan untuk bahawa hari pendaftaran pelajar (baru dan lama) ialah pada 3 Julai 2010, jam 10.00 - 11.00 pagi bertempat di bilik 14A1.

jam 11, saya berhasrat untuk bertemu dengan semua pelajar baru dan lama. Ada beberapa perkara penting :

i) Pelajar baru - taklimat akademik
ii) Pelajar EMACC - usaha menyeragamkan proses Dissertation
iii) ALUMNI - memperkenalkan ALUMNI dan perbincangan perancangan dam aktiviti

harp tidak menguzurkan diri TQ

Wednesday, June 23, 2010

Monday, June 21, 2010

aku menemui nadia..2

... tatkala aku menaiki sebuah teksi "Blue Bird" meninggalkan warung itu, aku sempat melambaikan tangan kepada nadia..nyata dia tidak lah seteruk atau se daif yang pernah aku bayangkan..

ada sebuah van yang sedang menunggu nya di situ, van yang terisi dengan alat alat musik asli sunda ...pergh..usaha mencari makan sudah sedemikian kreatif...tetapi kalau aku bertanya apa nadia tentu saja dia takkan mengaku bahawa dia sebahagian dari team musik yang nampaknya mewah itu.

Ada dua perkara yang aku belajar dari sini:

i) Bagaimana desakan hidup di kota Jakarta yang hangir itu memaksa ada hukum kreativiti yang tinggi , dan

ii) Desakan hidup juga lah yang menjadikan bangsa Indonesia ini terkenal hipokrit : sperti aku sering mengingat - lebah yang ada madu di mulutnya itu, ada sengat di ekor nya...


yang pasti dalam banyak kes:
Kamu harus tegas, walaupun dalam berdusta -

aku termenung sendirian lagi...

aku menemui nadia ..








malam terakhir di jakarta, sewaktu aku cuba menghabiskan sebiji roti canai, ada seorang "ngamen" menghampiri ku..tanpa salam atau ucapan lain nya, terus mendendangkan sebuah lagu "SUARA - aku berharap"..

anak kecil 12thn ini namanya nadia, bercita cita mau menjadi seorang doktor. Setiap hari dia akan ngamen (menjual suara) dari sepulang sekolah sehingga lewat malam. Sementara yang menunggu nya ialah mak dan ayah di seberang jalan (bersembunyi katanya), semua uang hasilan ngamen itu akan diserahkan pada mereka dihujung hari.

aku belanjakan dia sebotol air teh (kerana katanya dia sgt lapar dan dahaga), kemudian dia memesan 10 cucuk sate sapi...sate sapi itu tak semua di habiskan, ttp berlebih 2 atau 3 cucuk (aku rasa dia ingin bahagikan kepada ayah dan ibunya)...

sedihnya hidup di Jakarta..


baru hari ini aku berkesempatan untuk mendengar versi penuh dari lagu ini ...melalui youtube...

http://www.youtube.com/watch?v=AP2BjujuErc

nadia, aku berdoa kita bertemu lagi. Nanti aku akan mencari mu di Jakarta dan memberikan mu satu cadangan membina kehidupan... engkau lebih tabah dari yang dapat dimengertikan....

Saturday, April 24, 2010

Memintal kekosongan..

demikian lah kesarjanaan ini terkunci. Merasa teruja dengan di antara "ketakutan dan harapan" sewaktu saat mula permohonan ini diserahkan, saat mendebarkan itu mudah dilupakan.

waktu yang berlalu seperti sgt deras, dan ganas ... seusai lah semester pertama aku sebagai KP - seperti terasa kosong dalam pengisian - kerana apa pun "kebenaran" yang kau katakan, aku di sini perlu berdiri dalam nadi ku sendiri..."


Ye, apakah aku sedang memintal satu kekosongan?

Kerana bagi ku seharusnya pendidikan ini dapat merubah banyak sifat2 negatif dan tidak berguna, bagaimana mungkin kita boleh meraikan sesuatu yang tidak ada apa apa pencapaian. kelonggaran dan keterbukaan para guru telah sentiasa di salah tanggap sebagai satu tolak ansur - kedewasaan selalu di nilai sebagai "lesen" untuk tidak perlu punya nilai.. memijak kaki di tangga pasca ijazah ini selesa di lihat sebagai professionalism yang lepas bebas....

mereka lebih mementingkan makan dan minum - untuk satu majlis untuk meraikan kekosongan - apa kah agak nya nilai mereka ingin cerapkan? atau mereka mmg berniat untuk menggenggam kertas kosong yang tertulis nama dan anugerah?

dari The Never Ending Story : Musuh Utama Manusia ialah KEKOSONGAN...

yang datang pada ku ketika ini ialah kejutan, kecewa kerana ratusan minint yang dikongsikan gagal di tanggap untuk mengubah cara berfikir .....dan tentu nya terisi kekosongan..

aku ingin berhenti menjadi KP - tp bagaimana yer?

Tuesday, February 2, 2010

Briefing ACC 800 : Dissertation

Salam,

Taklimat di atas akan diadakan pada hari Sabtu 6 Februari 2010, bermula jam 2.15 petang - 4.15 petang di 4A2.

Ia akan dikendalikan oleh Prof Madya Dr Nor Ashikin Ismail, Ketua Program MACC UiTM Shah Alam Selangor.

Saya mengharapkan kehadiran penuh.

Lawatan ke INdonesia

Salam Tuan/puan ,

terdapat 22 org yang menyatakan persetujuan untuk mengikuti rombongan 1 ke Indonesia. Saya sendiri sudah berkali kali menerima email dari Prof Sofyan Safri Prof PErakaunan dari Universiti TriSakti...meminta jadual lengkap aktiviti kita di sana....

Memandang kan kita sudah memasuki Februari, saya ingin bertanya...apakah kalian benar2 hendak pergi? Kalau benar, kalian aturkan satu majlis perbincangan berupa mesyuarat....berapa lama lagi langkah pertama itu mahu ditangguhkan?

Thursday, January 28, 2010

Surat-surat Penajaan Yuran - KWSP dll

dah berminggu minggu surat-surat ini terperok di meja saya.. saya pun tak pasti kenapa semacam ada sikap "tak kisah"....sy pula sangat bimbang kerana semakin lama ia di meja saya ini, ia semakin di tenggelami oleh kertas-kertas lain...jangan salahkan saya jika nanti, di saat kalian merasa "ingin mengambil", ia pun kehilangan.....

Monday, January 25, 2010

Isu Parking - Saman Menyaman

berikut adalah berbalas balas lotus note dengan Mak Guard:

Dari TP HEP:

Salam hormat.
Saya telah berbincang dengan Unit Keselamatan. Bilangan kereta pelajar (termasuk NR) yang berdaftar dengan Unit keselamatan adalah antara 400 - 500 buah.

Kawasan parking berhampiran stadium boleh menampung sekitar 100 buah kereta saja. Tambahan pula sekarang terdapat tanah jerlus berhampiran kawasan tersebut.

Memandangkan situasi yang kritikal ini kami telah berbincang dan ingin memberi cadangan:

1. Kereta hanya boleh dibawa oleh pelajar NR saja dan parking dikawasan stadium saja.

2. Pelajar yang tinggal dikolej : Bhg 1,2,3 : Boleh bawa motor tapi tak boleh bawa masuk dalam kampus. Parking kat stadium saja

Bhg 4,5.6 : Boleh bawa masuk motor dalam kampus.

Mohon pandangan.

tq

Kordinator EMBA/EMACC

Salam.

Mohon unit tuan menimbang untuk mengeluarkan pekeliling khusus untuk pelajar pelajar PAsca Ijazah. Sebahagian mereka telah disaman kereta membawa masuk kereta untuk bermalam semada di rumah tamu mau pun di asrama / kolej. Mereka ini hadir untuk kelas pada Jumaat dan Sabtu sahaja.

Saya mendapat maklum bahawa sudah ada kebenaran membawa masuk kenderaan mereka semasa menghadiri kelas, dan ada di antara mereka yang tinggal berjauhan menyewa premis didalam kampus (semada rumah tamu maupun kolej), tetapi disambut dengan surat saman keesokkan pagi nya..

STK
Salam

Nor Baizura Mohamad Ramli/TGANU/UiTM
25/01/2010 13:16
To
Jamalludin Helmi Hashim/TGANU/UiTM@UiTM
cc

Subject
Re: Masalah Parking Kereta Pelajar

Salam,
En. Helmi kadang-kadang pelajar yang masuk ke kampus untuk bermalam dengan kebenaran atau apa-apalah
tidak pernah sekali pun untuk datang kepada anggota keselamatan untuk memaklumkan tentang hal ini, anggota mendapat tugas
untuk menyaman mane2 pelajar yang melanggar pekeliling walau bagaimana pun anggota masih memberi amaran
kepada pelajar tetapi mereka tetap melakukan kesalahan yang sama. Kereta pelajar semakin hari semakin bertambah
mengalahkan kereta2 staf dalam uitm.

Harap maklum

Terimaksih atas makluman. Mohon berikan saya kaedah / cara untukmempastikan pelajar pasca ijaazah tidak lagi berdepan masalah ? atau cukupkah dengan hanya memaklumkan status pelajar mereka di depan Pos Pengawal?


Nor Baizura Mohamad Ramli/TGANU/UiTM
25/01/2010 13:47
To
Jamalludin Helmi Hashim/TGANU/UiTM@UiTM
cc

Subject
Re: Masalah Parking Kereta Pelajar

Pelajar terbabit bolehlah memaklumkan kepada anggota yang bertugas di Pos Utama setiap kali masuk
untuk bermalam atau urusan yang memerlukan mereka untuk masuk ke Kolej, Unit keselamatan telah menyediakan
pas Sementara untuk pelajar yang ingin berurusan di dalam kolej, jadi pelajar pasca ijazah bolehlah memohon
pas terbabit dan di letakkan di atas dashboard untuk memudahkan anggota kami menjalankan tugas mereka.

Isu Makanan EMBA Part 4

Saya ingin cadangkan pengubahsuaian menu berikutan dengan GBI PM Dr Asry yang menpunyai jadual berlainan 3 - 8.

Saya akan ambil menu minum pagi JUmaat 12 org (termasuk Pensyarah) dan sediakan nya sebagai minum petang untuk 2 minggu yang mendatang ini.... kelas Dr Azman nanti (atau Dr Yeop) kita akan adakan jadual seperti biasa ...boleh?

muga-muga cadangan ini membantu tuan/puan untuk lebih selesa. InsyaALLAH

ABR Breifing

Alhamdullillah.. ABR briefing seperti yang dijadualkan mengikut pekeliling KOrdinator 1/2010. saya turunkan di sini:

28 Jan 2010 : Khamis 8.00 - 10 mlm Sesi I
29 Jan 2010 : Jumaat 9.00 - 10.30 pagi Sesi II
10.30 - 10.45 pagi Rehat
10.45 - 12.30 tghari Sesi III
12.30 - 2.00 Rehat
2.00 - 4.00 Sesi IV

Tempat : 10A2

Sunday, January 24, 2010

Seimbang tak semesti nya sama kan?

Pergh...sunyi sepi ruang pasca Ijazah.. terlalu sibukkah kalian untuk menyumbang beberapa baris ayat, atau bberapa minit itu terlalu genting?
Takpelah..biarlah saya bicara sendiri sahaja

Seimbang tidak semestinya sama banyak.... (mencabar teori persamaan perakaunan oleh PArcioli)..

Dalam perakaunan, satu persamaan terpenting ialah persamaan perakaunan, iaitu

Aset = Liabiliti + Ekuiti PEmilik
100 = 20 + 80

namun, bukti bukti dari alqur'an melangkaui teori sekcil itu....perhatikan...

Bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran:
DUNIA - 115 kali
AKHIRAT - 115 kali

MALAIKAT - 88 kali
SYAITAN - 88 kali

HIDUP - 145 kali
MATI - 145 kali
FAEDAH - 50 kali
KERUGIAN - 50 kali

UMMAH - 50 kali
PENYAMPAI - 50 kali

IBLIS : PENGHULU SYAITAN - 11 kali
MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA IBLIS - 11 kali

BALA/MUSIBAH - 75 kali
BERSYUKUR - 75 kali

BERSEDEKAH - 73 kali
BERPUAS HATI - 73 kali

ORANG YANG SESAT - 17 kali
ORANG YANG MENINGGAL DUNIA - 17 kali

MUSLIMIN - 41 kali
JIHAD - 41 kali

EMAS - 8 kali
KEMURAHAN HIDUP - 8 kali

KEAJAIBAN - 60 kali
FITNAH - 60 kali

ZAKAT - 32 kali
BERKAT - 32 kali

MINDA - 49 kali
NUR - 49 kali

LIDAH - 25 kali
SUMPAH - 25 kali

NAFSU - 8 kali
KETAKUTAN - 8 kali

BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI - 18 kali
BERDAKWAH - 18 kali

KESUSAHAN - 114 kali
KESABARAN - 114 kali

MUHAMMAD - 4 kali
SYARIAT - 4 kali

LELAKI - 24 kali
PEREMPUAN - 24 kali

SOLAT (SEMBAHYANG) - 5 kali
BULAN - 12 kali
HARI - 365 kali

LAUTAN - 32 kali
DARATAN - 13 kali
LAUT dan DARAT = 32 + 13 = 45

Justeru itu, peratusan laut = 32/45 x 100 = 71.11111111 peratus Peratusan daratan = 13/45 x 100 = 28.88888889 peratus JUMLAH = 100 peratus

Kajian sains oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi 71.111 peratus daripada bumi dan tanah meliputi 28.889 peratus. Begitulah kebesaran dan keagungan ciptaan Allah SWT!! Nota: Diterjemahkan daripada karya asal yang dipetik daripada "The Series Of The Scientific Miracles In Quraan," oleh Dr. Tariq Al Suwaidan.
Sejauh mana kita mengerti?

Thursday, January 21, 2010

Isu Makanan - adakah isu ini sudah selesai?

Salam para pelajar pasca Ijzah

saya mendapat khabar, seolah olah isu makanan belum selesai sepenuhnya. Saya mohon feeback para pelajar semua untuk memberikan saya maklumat sepatutnya. Kalau mungkin cdangkan menu mengikut selera tuan /puan.

Tanpa maklumat tuan/puan, saya muingkin saja menganggap isu makanan ini sudah selesai - so please - maklumkan pada saya semada melalui blog ini atau email maupun hp saya.

Tolong jangan prejudis - kerana sebahagian besar prejudis itu dosa...

Jaga diri dan selamat berkuliah.

Monday, January 18, 2010

Komitmen Persatuan Pasca Ijazah

Mohon kerjsama Persatuan Pasca Ijazah utk mengumpulkan AJK meraka pada tarikh itu bagi menghadirikan diri dalam sesi dialog dengan IpSIS.

Mungkin banyak yang perlu mereka utarakan kepada IpSis Shah Alam...kalau pun bukan untuk mereka tetapi untuk adik adik yang bakal datang kemudian....sumbang lah sesuatu sebagai legasi - meski pun sbesar zarah..

Lawatan kakitangan IpSIS Shah Alam ke Dungun

Lewat petang, aku menerima satu panggilan dari IpSis Shah Alam yang menyatakan sekumpulan 20 org kakitangan IpSIs Shah Alam akan melawat UiTM Dungun pada 30 Januari 2010...

apa yang ada untuk ditunjukkan? kata mereka, mereka berminat untuk meninjau kemudahan dan prasarana yang ada di Dungun. Pergh, apa yang ada untuk dibanggakan? atau apa yang di Dungun yang tiada di tempat lain yer? (selain dari kemahuan untuk menukar paradigma pemikiran sebahagian besar pelajar Pasca Ijazah sedia ada )

melihat sarjana

sarjana - pemikir dan penyumbang - pemikiran mereka selalu menyegarkan, atau mengejutkan.
menjadi nafas dalam banyak keadaan - atau meninjau dan meneroka.

mengapa mereka selalu lesu? tandus dengan daya usaha - ? orientasi mereka hanya mendambakan sekeping kertas yang tercatat nama dan kelayakan akademik - sehabis menerima itu di majlis gilang gemilaang - kembara menuntut itu pun berakhir..


aku berdepan dengan kelompok manusia yang sama kah?