Thursday, January 28, 2010

Surat-surat Penajaan Yuran - KWSP dll

dah berminggu minggu surat-surat ini terperok di meja saya.. saya pun tak pasti kenapa semacam ada sikap "tak kisah"....sy pula sangat bimbang kerana semakin lama ia di meja saya ini, ia semakin di tenggelami oleh kertas-kertas lain...jangan salahkan saya jika nanti, di saat kalian merasa "ingin mengambil", ia pun kehilangan.....

Monday, January 25, 2010

Isu Parking - Saman Menyaman

berikut adalah berbalas balas lotus note dengan Mak Guard:

Dari TP HEP:

Salam hormat.
Saya telah berbincang dengan Unit Keselamatan. Bilangan kereta pelajar (termasuk NR) yang berdaftar dengan Unit keselamatan adalah antara 400 - 500 buah.

Kawasan parking berhampiran stadium boleh menampung sekitar 100 buah kereta saja. Tambahan pula sekarang terdapat tanah jerlus berhampiran kawasan tersebut.

Memandangkan situasi yang kritikal ini kami telah berbincang dan ingin memberi cadangan:

1. Kereta hanya boleh dibawa oleh pelajar NR saja dan parking dikawasan stadium saja.

2. Pelajar yang tinggal dikolej : Bhg 1,2,3 : Boleh bawa motor tapi tak boleh bawa masuk dalam kampus. Parking kat stadium saja

Bhg 4,5.6 : Boleh bawa masuk motor dalam kampus.

Mohon pandangan.

tq

Kordinator EMBA/EMACC

Salam.

Mohon unit tuan menimbang untuk mengeluarkan pekeliling khusus untuk pelajar pelajar PAsca Ijazah. Sebahagian mereka telah disaman kereta membawa masuk kereta untuk bermalam semada di rumah tamu mau pun di asrama / kolej. Mereka ini hadir untuk kelas pada Jumaat dan Sabtu sahaja.

Saya mendapat maklum bahawa sudah ada kebenaran membawa masuk kenderaan mereka semasa menghadiri kelas, dan ada di antara mereka yang tinggal berjauhan menyewa premis didalam kampus (semada rumah tamu maupun kolej), tetapi disambut dengan surat saman keesokkan pagi nya..

STK
Salam

Nor Baizura Mohamad Ramli/TGANU/UiTM
25/01/2010 13:16
To
Jamalludin Helmi Hashim/TGANU/UiTM@UiTM
cc

Subject
Re: Masalah Parking Kereta Pelajar

Salam,
En. Helmi kadang-kadang pelajar yang masuk ke kampus untuk bermalam dengan kebenaran atau apa-apalah
tidak pernah sekali pun untuk datang kepada anggota keselamatan untuk memaklumkan tentang hal ini, anggota mendapat tugas
untuk menyaman mane2 pelajar yang melanggar pekeliling walau bagaimana pun anggota masih memberi amaran
kepada pelajar tetapi mereka tetap melakukan kesalahan yang sama. Kereta pelajar semakin hari semakin bertambah
mengalahkan kereta2 staf dalam uitm.

Harap maklum

Terimaksih atas makluman. Mohon berikan saya kaedah / cara untukmempastikan pelajar pasca ijaazah tidak lagi berdepan masalah ? atau cukupkah dengan hanya memaklumkan status pelajar mereka di depan Pos Pengawal?


Nor Baizura Mohamad Ramli/TGANU/UiTM
25/01/2010 13:47
To
Jamalludin Helmi Hashim/TGANU/UiTM@UiTM
cc

Subject
Re: Masalah Parking Kereta Pelajar

Pelajar terbabit bolehlah memaklumkan kepada anggota yang bertugas di Pos Utama setiap kali masuk
untuk bermalam atau urusan yang memerlukan mereka untuk masuk ke Kolej, Unit keselamatan telah menyediakan
pas Sementara untuk pelajar yang ingin berurusan di dalam kolej, jadi pelajar pasca ijazah bolehlah memohon
pas terbabit dan di letakkan di atas dashboard untuk memudahkan anggota kami menjalankan tugas mereka.

Isu Makanan EMBA Part 4

Saya ingin cadangkan pengubahsuaian menu berikutan dengan GBI PM Dr Asry yang menpunyai jadual berlainan 3 - 8.

Saya akan ambil menu minum pagi JUmaat 12 org (termasuk Pensyarah) dan sediakan nya sebagai minum petang untuk 2 minggu yang mendatang ini.... kelas Dr Azman nanti (atau Dr Yeop) kita akan adakan jadual seperti biasa ...boleh?

muga-muga cadangan ini membantu tuan/puan untuk lebih selesa. InsyaALLAH

ABR Breifing

Alhamdullillah.. ABR briefing seperti yang dijadualkan mengikut pekeliling KOrdinator 1/2010. saya turunkan di sini:

28 Jan 2010 : Khamis 8.00 - 10 mlm Sesi I
29 Jan 2010 : Jumaat 9.00 - 10.30 pagi Sesi II
10.30 - 10.45 pagi Rehat
10.45 - 12.30 tghari Sesi III
12.30 - 2.00 Rehat
2.00 - 4.00 Sesi IV

Tempat : 10A2

Sunday, January 24, 2010

Seimbang tak semesti nya sama kan?

Pergh...sunyi sepi ruang pasca Ijazah.. terlalu sibukkah kalian untuk menyumbang beberapa baris ayat, atau bberapa minit itu terlalu genting?
Takpelah..biarlah saya bicara sendiri sahaja

Seimbang tidak semestinya sama banyak.... (mencabar teori persamaan perakaunan oleh PArcioli)..

Dalam perakaunan, satu persamaan terpenting ialah persamaan perakaunan, iaitu

Aset = Liabiliti + Ekuiti PEmilik
100 = 20 + 80

namun, bukti bukti dari alqur'an melangkaui teori sekcil itu....perhatikan...

Bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran:
DUNIA - 115 kali
AKHIRAT - 115 kali

MALAIKAT - 88 kali
SYAITAN - 88 kali

HIDUP - 145 kali
MATI - 145 kali
FAEDAH - 50 kali
KERUGIAN - 50 kali

UMMAH - 50 kali
PENYAMPAI - 50 kali

IBLIS : PENGHULU SYAITAN - 11 kali
MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA IBLIS - 11 kali

BALA/MUSIBAH - 75 kali
BERSYUKUR - 75 kali

BERSEDEKAH - 73 kali
BERPUAS HATI - 73 kali

ORANG YANG SESAT - 17 kali
ORANG YANG MENINGGAL DUNIA - 17 kali

MUSLIMIN - 41 kali
JIHAD - 41 kali

EMAS - 8 kali
KEMURAHAN HIDUP - 8 kali

KEAJAIBAN - 60 kali
FITNAH - 60 kali

ZAKAT - 32 kali
BERKAT - 32 kali

MINDA - 49 kali
NUR - 49 kali

LIDAH - 25 kali
SUMPAH - 25 kali

NAFSU - 8 kali
KETAKUTAN - 8 kali

BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI - 18 kali
BERDAKWAH - 18 kali

KESUSAHAN - 114 kali
KESABARAN - 114 kali

MUHAMMAD - 4 kali
SYARIAT - 4 kali

LELAKI - 24 kali
PEREMPUAN - 24 kali

SOLAT (SEMBAHYANG) - 5 kali
BULAN - 12 kali
HARI - 365 kali

LAUTAN - 32 kali
DARATAN - 13 kali
LAUT dan DARAT = 32 + 13 = 45

Justeru itu, peratusan laut = 32/45 x 100 = 71.11111111 peratus Peratusan daratan = 13/45 x 100 = 28.88888889 peratus JUMLAH = 100 peratus

Kajian sains oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi 71.111 peratus daripada bumi dan tanah meliputi 28.889 peratus. Begitulah kebesaran dan keagungan ciptaan Allah SWT!! Nota: Diterjemahkan daripada karya asal yang dipetik daripada "The Series Of The Scientific Miracles In Quraan," oleh Dr. Tariq Al Suwaidan.
Sejauh mana kita mengerti?

Thursday, January 21, 2010

Isu Makanan - adakah isu ini sudah selesai?

Salam para pelajar pasca Ijzah

saya mendapat khabar, seolah olah isu makanan belum selesai sepenuhnya. Saya mohon feeback para pelajar semua untuk memberikan saya maklumat sepatutnya. Kalau mungkin cdangkan menu mengikut selera tuan /puan.

Tanpa maklumat tuan/puan, saya muingkin saja menganggap isu makanan ini sudah selesai - so please - maklumkan pada saya semada melalui blog ini atau email maupun hp saya.

Tolong jangan prejudis - kerana sebahagian besar prejudis itu dosa...

Jaga diri dan selamat berkuliah.

Monday, January 18, 2010

Komitmen Persatuan Pasca Ijazah

Mohon kerjsama Persatuan Pasca Ijazah utk mengumpulkan AJK meraka pada tarikh itu bagi menghadirikan diri dalam sesi dialog dengan IpSIS.

Mungkin banyak yang perlu mereka utarakan kepada IpSis Shah Alam...kalau pun bukan untuk mereka tetapi untuk adik adik yang bakal datang kemudian....sumbang lah sesuatu sebagai legasi - meski pun sbesar zarah..

Lawatan kakitangan IpSIS Shah Alam ke Dungun

Lewat petang, aku menerima satu panggilan dari IpSis Shah Alam yang menyatakan sekumpulan 20 org kakitangan IpSIs Shah Alam akan melawat UiTM Dungun pada 30 Januari 2010...

apa yang ada untuk ditunjukkan? kata mereka, mereka berminat untuk meninjau kemudahan dan prasarana yang ada di Dungun. Pergh, apa yang ada untuk dibanggakan? atau apa yang di Dungun yang tiada di tempat lain yer? (selain dari kemahuan untuk menukar paradigma pemikiran sebahagian besar pelajar Pasca Ijazah sedia ada )

melihat sarjana

sarjana - pemikir dan penyumbang - pemikiran mereka selalu menyegarkan, atau mengejutkan.
menjadi nafas dalam banyak keadaan - atau meninjau dan meneroka.

mengapa mereka selalu lesu? tandus dengan daya usaha - ? orientasi mereka hanya mendambakan sekeping kertas yang tercatat nama dan kelayakan akademik - sehabis menerima itu di majlis gilang gemilaang - kembara menuntut itu pun berakhir..


aku berdepan dengan kelompok manusia yang sama kah?