Monday, January 25, 2010

Isu Parking - Saman Menyaman

berikut adalah berbalas balas lotus note dengan Mak Guard:

Dari TP HEP:

Salam hormat.
Saya telah berbincang dengan Unit Keselamatan. Bilangan kereta pelajar (termasuk NR) yang berdaftar dengan Unit keselamatan adalah antara 400 - 500 buah.

Kawasan parking berhampiran stadium boleh menampung sekitar 100 buah kereta saja. Tambahan pula sekarang terdapat tanah jerlus berhampiran kawasan tersebut.

Memandangkan situasi yang kritikal ini kami telah berbincang dan ingin memberi cadangan:

1. Kereta hanya boleh dibawa oleh pelajar NR saja dan parking dikawasan stadium saja.

2. Pelajar yang tinggal dikolej : Bhg 1,2,3 : Boleh bawa motor tapi tak boleh bawa masuk dalam kampus. Parking kat stadium saja

Bhg 4,5.6 : Boleh bawa masuk motor dalam kampus.

Mohon pandangan.

tq

Kordinator EMBA/EMACC

Salam.

Mohon unit tuan menimbang untuk mengeluarkan pekeliling khusus untuk pelajar pelajar PAsca Ijazah. Sebahagian mereka telah disaman kereta membawa masuk kereta untuk bermalam semada di rumah tamu mau pun di asrama / kolej. Mereka ini hadir untuk kelas pada Jumaat dan Sabtu sahaja.

Saya mendapat maklum bahawa sudah ada kebenaran membawa masuk kenderaan mereka semasa menghadiri kelas, dan ada di antara mereka yang tinggal berjauhan menyewa premis didalam kampus (semada rumah tamu maupun kolej), tetapi disambut dengan surat saman keesokkan pagi nya..

STK
Salam

Nor Baizura Mohamad Ramli/TGANU/UiTM
25/01/2010 13:16
To
Jamalludin Helmi Hashim/TGANU/UiTM@UiTM
cc

Subject
Re: Masalah Parking Kereta Pelajar

Salam,
En. Helmi kadang-kadang pelajar yang masuk ke kampus untuk bermalam dengan kebenaran atau apa-apalah
tidak pernah sekali pun untuk datang kepada anggota keselamatan untuk memaklumkan tentang hal ini, anggota mendapat tugas
untuk menyaman mane2 pelajar yang melanggar pekeliling walau bagaimana pun anggota masih memberi amaran
kepada pelajar tetapi mereka tetap melakukan kesalahan yang sama. Kereta pelajar semakin hari semakin bertambah
mengalahkan kereta2 staf dalam uitm.

Harap maklum

Terimaksih atas makluman. Mohon berikan saya kaedah / cara untukmempastikan pelajar pasca ijaazah tidak lagi berdepan masalah ? atau cukupkah dengan hanya memaklumkan status pelajar mereka di depan Pos Pengawal?


Nor Baizura Mohamad Ramli/TGANU/UiTM
25/01/2010 13:47
To
Jamalludin Helmi Hashim/TGANU/UiTM@UiTM
cc

Subject
Re: Masalah Parking Kereta Pelajar

Pelajar terbabit bolehlah memaklumkan kepada anggota yang bertugas di Pos Utama setiap kali masuk
untuk bermalam atau urusan yang memerlukan mereka untuk masuk ke Kolej, Unit keselamatan telah menyediakan
pas Sementara untuk pelajar yang ingin berurusan di dalam kolej, jadi pelajar pasca ijazah bolehlah memohon
pas terbabit dan di letakkan di atas dashboard untuk memudahkan anggota kami menjalankan tugas mereka.

2 comments:

  1. Pihak Unit Keselamatan telah menyediakan pas sementara bagi pelajar yang hendak masuk sementara ke kolej seperti pas pelawat. Pelajar hanya perlu meninggalkan pengenalan diri di Pos Utama & nyatakan kolej mana yang mereka menginap. Pas sementara yang diberikan hendaklah dipamirkan di atas dashboard kereta bagi memudahkan pihak kami mengenali mereka yang telah diberikan kebenaran berada di kawasan parking kolej pada sesuatu masa ketika anggota kami membuat rondaan.

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas maklumat penting ini...kalo boleh nak elak any legal issues with uitm

    ReplyDelete