Saturday, July 10, 2010

Kutipan RM0.00

gitu lah kisah nya ...

Monday, July 5, 2010

NOTIS PENANGGUHAN KELAS PELAJAR EMBA PART 1

Salam
para pelajar Siswazah EMBA 1 UiTM Terengganu,

ADALAH DENGAN INI DIMAKLUMKAN IAITU KESEMUA KELAS EMBA PART 1 SEMESTER INI ADALAH DI TANGGUHKAN KE SEMESTER HADAPAN.

Justeru, jika tuan/puan telah pun membuat bayaran yuran untuk semester Julai - Okt 2010 ini, sila berhubung terus dengan pejabat Bendahari UiTM Terengganu untuk urusan selanjutnya.

Surat resmi penangguhan akan dikeluarkan secepat mungkin dan akan diedarkan terus kepada pelajar-pelajar terlibat.

Sekian Terima Kasih

JHH

Sunday, July 4, 2010

New Chapter

salam,
meskipun ada kekecewaan terhadap sikap sesetengah pelajar senior EMBA dan MACC, tapi saya sekrg ingin berdepan dengan cabaran dan kerenah mereka.

Sepanjang satu semester yang laiu , sya banyak memberi peluang kepada mereka untuk belajar menghargai usaha manusia lain - tetapi banyak janji janji mereka sentiasa dimungkiri. Termasuk satu pertemuan yang saya aturkan untuk bertemu dan berbincang bagi kebaikan bersama.

Mereka menyambut dingin salam persaudaraan yang saya hulurkan. Selalu menipu dan mencari alasan untuk tidak hadir - kesan nya ialah - lebih separuh makanan yang kita tempah untuk halwa mulut dan perut mereka terbazir.... menjadi sampah dan terbuang.

Selain itu, mereka lebih senang dengan maklumat yang diterima melalui teman-teman yang hadir, mngirim attendence, termasuk borang pendaftaran subjek (sya menerima baik kepada mereka yang mmg benar-benar bermasalah - suami sakit, diri dalam pantang bersalin dll), sy terkilan dgn sikap sambil lewa sebahagian besar mereka.

Baik lah,

kita mulakan permainan baru ...
i) saya tidak akan menandatangani apa apa borang / urusan akademik mereka yang saya lihat selalu mungkir janji.... borang ABR/ pendaftaran subjek atau termasuk keputusan peperiksaan mereka.

ii) sy tidak akan melayan lagi mana mana pelajar yang tidak menunjukkan komitmen menghargai saya sebagai kordinator - lantaklah - apa nak jadi pun jadi lah ..

iii) Saya arahkan semua mereka yang tdak hadir 3 Julai baru baru ini menyediakan satu SURAT TUNJUK SEBAB, gagal berbuat itu - saya anggap kalian tidak menghormati saya dan peraturan UiTM. Tarikh akhir surat ini diserahkan kepada saya ialah pada 10 Julai 2010 jam 12 tgahari.


iv) Saya arahkan semua Class Rep Kutip duit RM50 setiap pelajar dan serahkan setiap sen pada saya untuk tujuan kelengkapan Student Lounge (menyediakan sistem ACCESS CARD pelajar, beli coffee bar, alat minuman dll) serahkan berserta dengan senarai nama kelas dan yang dah bayar dan belum bayar.

Kalian mungkin akan menggunakan access card org lain nanti yer, takper - saya ada cara sendiri untuk menangani ini.


sekian,
tolong sampaikan pesanan ini kepada semua
berita lanjur menyusul.