Tuesday, February 2, 2010

Briefing ACC 800 : Dissertation

Salam,

Taklimat di atas akan diadakan pada hari Sabtu 6 Februari 2010, bermula jam 2.15 petang - 4.15 petang di 4A2.

Ia akan dikendalikan oleh Prof Madya Dr Nor Ashikin Ismail, Ketua Program MACC UiTM Shah Alam Selangor.

Saya mengharapkan kehadiran penuh.

Lawatan ke INdonesia

Salam Tuan/puan ,

terdapat 22 org yang menyatakan persetujuan untuk mengikuti rombongan 1 ke Indonesia. Saya sendiri sudah berkali kali menerima email dari Prof Sofyan Safri Prof PErakaunan dari Universiti TriSakti...meminta jadual lengkap aktiviti kita di sana....

Memandang kan kita sudah memasuki Februari, saya ingin bertanya...apakah kalian benar2 hendak pergi? Kalau benar, kalian aturkan satu majlis perbincangan berupa mesyuarat....berapa lama lagi langkah pertama itu mahu ditangguhkan?

Thursday, January 28, 2010

Surat-surat Penajaan Yuran - KWSP dll

dah berminggu minggu surat-surat ini terperok di meja saya.. saya pun tak pasti kenapa semacam ada sikap "tak kisah"....sy pula sangat bimbang kerana semakin lama ia di meja saya ini, ia semakin di tenggelami oleh kertas-kertas lain...jangan salahkan saya jika nanti, di saat kalian merasa "ingin mengambil", ia pun kehilangan.....

Monday, January 25, 2010

Isu Parking - Saman Menyaman

berikut adalah berbalas balas lotus note dengan Mak Guard:

Dari TP HEP:

Salam hormat.
Saya telah berbincang dengan Unit Keselamatan. Bilangan kereta pelajar (termasuk NR) yang berdaftar dengan Unit keselamatan adalah antara 400 - 500 buah.

Kawasan parking berhampiran stadium boleh menampung sekitar 100 buah kereta saja. Tambahan pula sekarang terdapat tanah jerlus berhampiran kawasan tersebut.

Memandangkan situasi yang kritikal ini kami telah berbincang dan ingin memberi cadangan:

1. Kereta hanya boleh dibawa oleh pelajar NR saja dan parking dikawasan stadium saja.

2. Pelajar yang tinggal dikolej : Bhg 1,2,3 : Boleh bawa motor tapi tak boleh bawa masuk dalam kampus. Parking kat stadium saja

Bhg 4,5.6 : Boleh bawa masuk motor dalam kampus.

Mohon pandangan.

tq

Kordinator EMBA/EMACC

Salam.

Mohon unit tuan menimbang untuk mengeluarkan pekeliling khusus untuk pelajar pelajar PAsca Ijazah. Sebahagian mereka telah disaman kereta membawa masuk kereta untuk bermalam semada di rumah tamu mau pun di asrama / kolej. Mereka ini hadir untuk kelas pada Jumaat dan Sabtu sahaja.

Saya mendapat maklum bahawa sudah ada kebenaran membawa masuk kenderaan mereka semasa menghadiri kelas, dan ada di antara mereka yang tinggal berjauhan menyewa premis didalam kampus (semada rumah tamu maupun kolej), tetapi disambut dengan surat saman keesokkan pagi nya..

STK
Salam

Nor Baizura Mohamad Ramli/TGANU/UiTM
25/01/2010 13:16
To
Jamalludin Helmi Hashim/TGANU/UiTM@UiTM
cc

Subject
Re: Masalah Parking Kereta Pelajar

Salam,
En. Helmi kadang-kadang pelajar yang masuk ke kampus untuk bermalam dengan kebenaran atau apa-apalah
tidak pernah sekali pun untuk datang kepada anggota keselamatan untuk memaklumkan tentang hal ini, anggota mendapat tugas
untuk menyaman mane2 pelajar yang melanggar pekeliling walau bagaimana pun anggota masih memberi amaran
kepada pelajar tetapi mereka tetap melakukan kesalahan yang sama. Kereta pelajar semakin hari semakin bertambah
mengalahkan kereta2 staf dalam uitm.

Harap maklum

Terimaksih atas makluman. Mohon berikan saya kaedah / cara untukmempastikan pelajar pasca ijaazah tidak lagi berdepan masalah ? atau cukupkah dengan hanya memaklumkan status pelajar mereka di depan Pos Pengawal?


Nor Baizura Mohamad Ramli/TGANU/UiTM
25/01/2010 13:47
To
Jamalludin Helmi Hashim/TGANU/UiTM@UiTM
cc

Subject
Re: Masalah Parking Kereta Pelajar

Pelajar terbabit bolehlah memaklumkan kepada anggota yang bertugas di Pos Utama setiap kali masuk
untuk bermalam atau urusan yang memerlukan mereka untuk masuk ke Kolej, Unit keselamatan telah menyediakan
pas Sementara untuk pelajar yang ingin berurusan di dalam kolej, jadi pelajar pasca ijazah bolehlah memohon
pas terbabit dan di letakkan di atas dashboard untuk memudahkan anggota kami menjalankan tugas mereka.

Isu Makanan EMBA Part 4

Saya ingin cadangkan pengubahsuaian menu berikutan dengan GBI PM Dr Asry yang menpunyai jadual berlainan 3 - 8.

Saya akan ambil menu minum pagi JUmaat 12 org (termasuk Pensyarah) dan sediakan nya sebagai minum petang untuk 2 minggu yang mendatang ini.... kelas Dr Azman nanti (atau Dr Yeop) kita akan adakan jadual seperti biasa ...boleh?

muga-muga cadangan ini membantu tuan/puan untuk lebih selesa. InsyaALLAH

ABR Breifing

Alhamdullillah.. ABR briefing seperti yang dijadualkan mengikut pekeliling KOrdinator 1/2010. saya turunkan di sini:

28 Jan 2010 : Khamis 8.00 - 10 mlm Sesi I
29 Jan 2010 : Jumaat 9.00 - 10.30 pagi Sesi II
10.30 - 10.45 pagi Rehat
10.45 - 12.30 tghari Sesi III
12.30 - 2.00 Rehat
2.00 - 4.00 Sesi IV

Tempat : 10A2

Sunday, January 24, 2010

Seimbang tak semesti nya sama kan?

Pergh...sunyi sepi ruang pasca Ijazah.. terlalu sibukkah kalian untuk menyumbang beberapa baris ayat, atau bberapa minit itu terlalu genting?
Takpelah..biarlah saya bicara sendiri sahaja

Seimbang tidak semestinya sama banyak.... (mencabar teori persamaan perakaunan oleh PArcioli)..

Dalam perakaunan, satu persamaan terpenting ialah persamaan perakaunan, iaitu

Aset = Liabiliti + Ekuiti PEmilik
100 = 20 + 80

namun, bukti bukti dari alqur'an melangkaui teori sekcil itu....perhatikan...

Bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran:
DUNIA - 115 kali
AKHIRAT - 115 kali

MALAIKAT - 88 kali
SYAITAN - 88 kali

HIDUP - 145 kali
MATI - 145 kali
FAEDAH - 50 kali
KERUGIAN - 50 kali

UMMAH - 50 kali
PENYAMPAI - 50 kali

IBLIS : PENGHULU SYAITAN - 11 kali
MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA IBLIS - 11 kali

BALA/MUSIBAH - 75 kali
BERSYUKUR - 75 kali

BERSEDEKAH - 73 kali
BERPUAS HATI - 73 kali

ORANG YANG SESAT - 17 kali
ORANG YANG MENINGGAL DUNIA - 17 kali

MUSLIMIN - 41 kali
JIHAD - 41 kali

EMAS - 8 kali
KEMURAHAN HIDUP - 8 kali

KEAJAIBAN - 60 kali
FITNAH - 60 kali

ZAKAT - 32 kali
BERKAT - 32 kali

MINDA - 49 kali
NUR - 49 kali

LIDAH - 25 kali
SUMPAH - 25 kali

NAFSU - 8 kali
KETAKUTAN - 8 kali

BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI - 18 kali
BERDAKWAH - 18 kali

KESUSAHAN - 114 kali
KESABARAN - 114 kali

MUHAMMAD - 4 kali
SYARIAT - 4 kali

LELAKI - 24 kali
PEREMPUAN - 24 kali

SOLAT (SEMBAHYANG) - 5 kali
BULAN - 12 kali
HARI - 365 kali

LAUTAN - 32 kali
DARATAN - 13 kali
LAUT dan DARAT = 32 + 13 = 45

Justeru itu, peratusan laut = 32/45 x 100 = 71.11111111 peratus Peratusan daratan = 13/45 x 100 = 28.88888889 peratus JUMLAH = 100 peratus

Kajian sains oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi 71.111 peratus daripada bumi dan tanah meliputi 28.889 peratus. Begitulah kebesaran dan keagungan ciptaan Allah SWT!! Nota: Diterjemahkan daripada karya asal yang dipetik daripada "The Series Of The Scientific Miracles In Quraan," oleh Dr. Tariq Al Suwaidan.
Sejauh mana kita mengerti?